Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Sabah @ Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, 4 Sept 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda @ Kota Kinabalu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Antara pengisian program KJOM Sabah ini adalah Sesi Bicara Akta 668 bersama ROY oleh Puan Suzirani binti Muamat, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Bin Abd. Halim ditemani oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, YB Datuk Awang Ahmad Sah Sahari.
Hadir sama adalah Pendaftar Pertubuhan Belia, Tuan Hasnata bin Hasan serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Encik Apui Jan. Pihak ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil pertubuhan belia yang datang memberi sokongan kepada program ini.










