Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Sabah @ Keningau
Keningau, 7 Sept 2024 - Dewan Tan sri Suffian Koroh, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Keningau, Sabah menjadi destinasi terakhir bagi Program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) Peringkat Negeri Sabah.
Program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan bertujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia terus kepada Kepimpinan tertinggi KBS.
Antara pengisian program ini adalah Sesi Bicara Akta 668 bersama ROY oleh Encik Syed Mashor bin Wan Mahbar, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Bin Abd. Halim ditemani oleh YBhg. Datuk Mansur Hj Asun, SUT KBSS.
Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Zainah Shariff, TKP (Pembangunan Belia) JBSN, YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah JBS Negeri Sabah serta Puan Naimah binti Kadir, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau.
Program ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Zainah Shariff, TKP (Pembangunan Belia) JBSN, YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah JBS Negeri Sabah serta Puan Naimah binti Kadir, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Keningau.
Pihak ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil pertubuhan belia yang datang memberi sokongan kepada program ini.





