Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Kelantan
Kota Bharu, 13 September 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda peringkat Negeri Kelantan telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan.
Antara pengisian Program ini adalah sesi Bicara Akta 668 bersama ROY oleh Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif, Slot perkongsian daripada Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 oleh Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin, Slot Jom Masuk Persatuan oleh Ketua Penerangan Majlis Gabungan Belia Kelantan serta aktiviti Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Sesi terakhir bagi program KJOM ini tak lain tak bukan Sesi Townhall bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli bin Abd.Halim ditemani oleh Pengerusi JK Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Muhammad dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Mohd Izzat Afifi.
Hadir bersama Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari, Pendaftar Pertubuhan Belia, Tuan Hasnata Bin Hasan serta Pengarah JBS Negeri Kelantan, Encik Saipuddin Zakaria.
Seterusnya diadakan juga penyampain sijil Penarafan 4 Bintang oleh YBTM kepada Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin, Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Kelab Belia Seri Wawasan Pusaka Kemuncup dan Persatuan Pemuda Gema Peringkat Negeri Kelantan. Sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua penerima.
Pihak ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil Pertubuhan Belia yang datang memberi sokongan kepada program ini.





