Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Terengganu
Kuala Nerus, 14 September 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda peringkat Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah, Kuala Nerus.
Antara pengisian Program ini adalah sesi Bicara Akta 668 bersama ROY oleh Puan Noorzalikha Kamar, Slot Jom Masuk Persatuan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, saudara Mohd Izzat Afifi serta aktiviti pameran oleh agensi kerajaan dan Majlis Belia Negeri Terengganu, aktiviti menderma darah serta beberapa acara sampingan yang menarik di bawah seliaan Cawangan Pembangunan Rakan Muda.
Penutup program KJOM ini semestinya diakhiri dengan Sesi Townhall bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli bin Abd.Halim ditemani oleh Pengerusi JK Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim. Hadir bersama Timbalan Ketua Pengarah (Belia) Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Dr. Vellapandian Ponnusamy dan Pendaftar Pertubuhan Belia, Tuan Hasnata bin Hasan serta Pengarah JBS Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Mohamad.
Seterusnya diadakan juga pemberian sijil Penarafan 5 Bintang oleh YBTM kepada Kelab Rakan Muda Parlimen Kuala Nerus, Kelab Belia Gemilang Kampung Pujuk dan Kelab Belia Bersatu Kampung Padang Mengkuang. Sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua penerima Penarafan 5 Bintang.
Pihak ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama wakil pertubuhan belia yang datang memberi sokongan kepada program ini. Dengan itu, tirai Kembara Jumpa Orang Muda tahun 2024 ditutup rapi dan tunggu untuk program yang menarik bakal muncul tahun 2025.





