BENGKEL PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN TATAKELOLA PERTUBUHAN BELIA
Cameron Highlands | 25-27 September 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah selesai menjalankan Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Tatakelola Pertubuhan Belia pada 25-27 September 2024 bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highlands.
Pelbagai topik penting dikongsikan kepada para peserta bagi meningkatkan kemahiran Pegawai Belia dan Sukan di dalam tugas kawal selia pertubuhan belia yang secara tidak langsung dapat mengoptimakan potensi pertubuhan belia di peringkat akar umbi di dalam menyumbang kepada agenda pembangunan negara.
Syabas diucapkan kepada 30 orang Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan juga daerah seluruh negeri yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
Majlis Penutup Bengkel telah disempurnakan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Hasnata bin Hasan. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Shafrul bin Haji Kadir.


