BENGKEL PEMANTAPAN PERSATUAN DAERAH DUNGUN
Besut | 9 November 2024
Bengkel Pemantapan Persatuan Daerah Dungun yang dianjurkan oleh Kelab Belia Tembing Tembah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun ini merupakan satu inisiatif yang penting untuk memperkukuhkan kefahaman pertubuhan belia dalam daerah tersebut, khususnya berkaitan dengan penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).
Taklimat yang disampaikan oleh Puan Hasliza binti Mohd Zin, Pegawai Pendaftar Kanan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, membantu peserta memahami tatacara penyediaan MYKD dengan lebih mendalam.
Bimbingan secara berkumpulan mengenai pelaksanaan minit Mesyuarat Agung dan penyediaan dokumen MYKD juga memberikan peluang kepada peserta untuk mempraktikkan ilmu yang diterima dalam suasana yang lebih interaktif.
Diharapkan pendekatan secara hands-on ini akan meningkatkan kefahaman peserta serta memperkasakan mereka untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan dokumentasi persatuan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kadar penghantaran MYKD daripada Pertubuhan Belia di daerah Dungun.





