MAJLIS PENTAULIAHAN EMAS ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) 2024
Damansara | 10 November 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, diwakili oleh Puan Koh Mei Ching, Penolong Pendaftar Kanan, telah menghadiri Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2024 yang telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara.
Untuk makluman, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama badan operasi seperti persatuan belia dan NGO. Majlis ini diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian 90 peserta yang berjaya meraih tahap Emas serta 20 badan operasi yang menerima penghargaan.
Majlis disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Hadir bersama YBrs. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN. Tahniah kepada semua penerima atas pencapaian membanggakan ini!




