SESI MENJAWAB PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2025 PERINGKAT JAWATANKUASA OLEH YB MENTERI
Parlimen, 27 November 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah diwakili oleh Encik Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar dan Puan Koh Mei Ching, Penolong Pendaftar Kanan, telah menghadiri sesi penyelarasan di Kompleks Parlimen berkaitan penggulungan Belanjawan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.
Kehadiran ini bertujuan untuk menyelaras penyediaan input yang relevan dan memastikan semua isu serta keperluan belia yang melibatkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dimasukkan dengan teliti dalam jawapan penggulungan yang akan disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan.
Penyertaan ROY dalam sesi ini mencerminkan komitmen untuk memastikan aspirasi belia di seluruh negara diterjemahkan ke dalam dasar dan pelaksanaan program yang lebih menyeluruh, sejajar dengan kerangka Malaysia Madani.
Mesyuarat tersebut berlangsung dengan lancar dan diakhiri dengan penyelarasan dokumen akhir untuk rujukan YB Menteri sebelum sesi penggulungan di Parlimen.



