BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 2025
Subang Jaya, 10 Disember 2024 – Tuan Pendaftar, En. Hasnata Hasan dan Timbalan Pendaftar, En. Shamsul bin Musa telah menghadiri Bengkel Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 10 Disember 2024 bertempat di Dorsett Grand Subang.
Bengkel ini bertujuan untuk merangka pelan strategik dan hala tuju kementerian bagi tahun 2025 dengan tumpuan kepada pembangunan belia secara menyeluruh dan inklusif sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani.
Sepanjang bengkel, pelbagai sesi perbincangan dan perkongsian berlangsung, melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sesi ini memberi fokus kepada pengukuhan kolaborasi antara agensi serta pencapaian matlamat strategik kementerian, termasuk usaha meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti pembangunan komuniti.
Tuan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar turut memainkan peranan aktif dalam sesi-sesi yang membincangkan strategi dan inovasi untuk memperkasakan peranan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dalam mendukung organisasi belia di seluruh negara.
Bengkel ini penting dalam memastikan Kementerian Belia dan Sukan kekal relevan serta responsif terhadap keperluan semasa dan masa depan belia Malaysia.

