MPBN PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
Kuala Lumpur, 11 Disember 2024 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang III, Penggal 34, Sesi 2023 - 2024 telah diadakan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur. MPBN yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil kementerian dan agensi persekutuan.
Majlis telah dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan turut dihadiri YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS serta Ketua Pengarah JBSN YBrs. Pn. Azura binti Abidin. Seramai 142 orang ahli MPBN telah hadir dan tiga usul telah dikemukakan yang nenyentuh aspek bencana alam banjir, isu dadah serta esport. Maklum balas awal telah diberikan oleh kementerian dan agensi yang terlibat.
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia turut dijemput menghadiri Majlis ini yang telah dihadiri oleh Tuan Pendaftar, En.Hasnata bin Hasan, Timbalan Pendaftar, En. Shamsul bin Musa, Penolong Pendaftar Pn. Noorzalikha Kamar dan Pn. Nurhamizah Kamarun Majif.
Simbolik penyerahan Sijil Penarafan 5 Bintang daripada YBM kepada pihak MBM setelah selesai ucapan penangguhan oleh YBM. Syabas & Tahniah.
Diharap segala usul dan pandangan yang telah dibentangkan dalam Majlis ini dapat memperkasakan gerakan belia untuk masa hadapan yang lebih baik.





