SESI PERJUMPAAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN BERSAMA KETUA PENGARAH JBSN
Putrajaya, 13 Disember 2024 – Sesi perjumpaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S1 - S8 bersama Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Puan Azura binti Abidin, telah berlangsung di Menara KBS, Putrajaya. Empat pegawai ROY turut hadir iaitu En. Faizul Rizal bin Mat Saat, En. Muhammad Mohsien bin Jamaluddin, En. Mohd Azlan bin Bahrin, dan En. Nadzmi bin Roslaimee.
Sesi ini bertujuan memperkukuh sinergi pegawai, menyelaras aspirasi JBSN, serta berkongsi pandangan untuk memperkasa belia, sukan, dan komuniti Rakan Muda di seluruh negara.



