ROY RAIH TEMPAT KETIGA DALAM DUA KATEGORI PERTANDINGAN INOVASI KBS
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) berjaya merangkul tempat ketiga dalam dua pertandingan peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Inovasi KBS pada 13 November 2024:
🏆 Pertandingan Inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) – Kategori Agensi
🏆 Pertandingan Explorasi Inovasi KBS
Kedua-dua kemenangan diumumkan pada 15 December 2024 semasa Majlis Anugerah Inovasi Teknologi Sukan 2024 (AITS'24) yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
Tahniah kepada pasukan ROY atas pencapaian ini!


