KONVENSYEN KEBANGSAAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) BELIA MALAYSIA
Kuala Lumpur, 17 Disember 2024 – Dr. Hjh. Siti Nazariah Hj. Abdul Razak; Ketua Penolong Pendaftar Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), telah menghadiri Konvensyen Kebangsaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Belia Malaysia yang berlangsung di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.
Konvensyen ini dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, yang turut menyampaikan ucaptama mengenai peranan belia dalam pembangunan mampan negara. Acara ini disertai oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, wakil belia, dan organisasi antarabangsa seperti Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
Sebagai sebahagian daripada program, Dr. Hjh. Siti Nazariah turut mengambil bahagian dalam forum bertemakan “Unboxing Tomorrow: Youth Shaping the Future” yang menampilkan ahli panel dari pelbagai latar belakang, termasuk Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, dan Mr. Edward Vrkic, Wakil Residen UNDP dan En. Ahmad Irshad Bin Ahmad Razib Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Politik Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri. Forum ini memberi tumpuan kepada peranan belia dalam membentuk masa depan yang inklusif dan mampan.



