MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA KBS BULAN DISEMBER 2024
Putrajaya, 19 Disember 2024 – Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Bahagian Akaun, dan Unit Audit Dalam telah bekerjasama sebagai penganjur bersama bagi Majlis Perhimpunan Mesra Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk edisi terakhir tahun ini. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS, yang menyampaikan amanat penting kepada seluruh warga kementerian.
Dalam ucapannya, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran menekankan hasrat beliau untuk menjadikan KBS sebagai tempat kerja yang menyeronokkan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat serta pemegang taruh kementerian. Beliau turut menyeru warga KBS untuk menghayati semangat M.A.L.A.Y.S.I.A, seperti yang diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Selain itu, penghargaan khas diberikan kepada Skuad Ihsan MADANI - SATRIA Rakan Muda KBS yang digerakkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) atas usaha membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terkesan. Tindakan pantas dan komitmen skuad ini menjadi contoh terbaik semangat prihatin dalam kalangan warga KBS.
Perhimpunan turut dimeriahkan dengan penyampaian penghargaan kepada individu-individu yang telah mengharumkan nama KBS dalam pelbagai acara sukan sepanjang tahun ini.
Majlis Perhimpunan Mesra Disember 2024 ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dan menyemarakkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga KBS.

