PKPIM TERIMA SIJIL PENARAFAN 5 BINTANG 2023
Putrajaya, 20 Disember 2024 – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencipta kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan Sijil Penarafan 5 Bintang bagi tahun 2023. Sijil tersebut diterima oleh Setiausaha Agung PKPIM, Ahmad Syahir bin Abdul Razak, bersama Penolong Setiausaha PKPIM dalam satu kunjungan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Sijil ini telah diserahkan oleh Dr. Hjh. Siti Nazariah binti Hj. Abdul Razak, Ketua Penolong Pendaftar ROY.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan PKPIM dalam aspek pengurusan organisasi, kepimpinan belia, dan pelaksanaan aktiviti yang memberi impak positif kepada masyarakat. Diharapkan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada pertubuhan belia lain untuk terus komited dalam memartabatkan peranan belia di Malaysia.


