KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI MAYC PERINGKAT DAERAH BACHOK
Pada 27 Disember 2024, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur, melalui Pegawai Pendaftar Kanan, Puan Hasliza Mohd Zin, telah menyampaikan ceramah sempena Kursus Kepimpinan Organisasi Peringkat Daerah Bachok anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Bachok.
Ceramah tersebut memberi fokus kepada penyediaan minit mesyuarat, diikuti dengan simulasi mesyuarat serta penerangan tentang penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran ahli kelab belia yang bergabung dengan MAYC Kawasan Bachok dalam aspek tadbir urus organisasi.

