PROGRAM HIMPUNAN RAKAN MUDA MADANI PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara telah mendapat jemputan mengadakan pameran. Ramai Belia yang hadir mendapatkan khidmat nasihat, menyemak keaktifan kelab Belia dan ada yang hadir untuk mendaftar pertubuhan Belia dan menghantar Laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).
Booth ROY turut mendapat kunjungan dari YB Dr Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, YBhg Dato' Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan dan Yg Berusaha Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Puan Azura Sarbin , Pengarah JBSN Kedah.
