TAKLIMAT PENDAFTARAN KELAB BELIA DAN MAKLUMAT YANG KENA DIBERI (MYKD) ANJURAN MAJLIS BELIA DAERAH JERANTUT DISAMPAIKAN OLEH PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA ZON TIMUR
7 Jun 2026 Jerantut Pahang, Majlis Belia Daerah Jerantut dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jerantut telah menganjurkan taklimat pendaftaran kelab belia dan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada belia dan pertubuhan belia di daerah Jerantut, para peserta diberi taklimat oleh Puan Hasliza binti Mohd Zin Penolong Pegawai Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur.
Selesai taklimat pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur memberi khidmat nasihat yang lebih terperinci kepada belia dan pertubuhan belia yang hadir. Tahniah diucapkan kepada Majlis Belia Daerah Jerantut dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jerantut kerana taklimat yang diadakan memudahkan lagi kepada belia daerah untuk hadir mendapat maklumat yang lebih jelas dan terperinci berkaitan pendaftaran kelab baru dan pengisian Maklumat Yang Kena Diberi.
