PENYERAHAN SIJIL PENDAFTARAN | KELAB RAKAN MUDA BANDAR SEREMBAN
Ayer Keroh, 10 Jun 2026 - Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Seremban, Puan Natasha Amira bersama bendahari beliau, Puan Nasya Aleysha binti Mohd Faisal telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan untuk mengambil Sijil Pendaftaran bagi kelab mereka.
Selain itu khidmat nasihat dan tunjuk ajar diberikan berkenaan dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), penghantaran pelaporan MYKD setiap tahun dan juga Pelan Transisi Umur Belia. Bimbingan dari aspek pengurusan serta tadbir urus yg baik dalam pertubuhan belia turut diberikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Mohd Firdaus bin Mazlan.
Justeru itu, diharapkan kelab rakan muda ini akan terus maju serta dapat memberikan sumbangan dan contoh yang baik kepada pertubuhan belia yang lain serta kepada komuniti setempat.
