Soalan Lazim
- Seksyen 25, Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 memperuntukkan bahawa harta pertubuhan belia yang dibatalkan akan dikendalikan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
- Oleh itu, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah meneruskan dengan penggulungan urusan hal ehwal dan mengendalikan hutang/harta pertubuhan tersebut.
Terdapat 2 jenis pertubuhan yang boleh didaftarkan:
- Pertubuhan induk tidak bercawangan.
- Pertubuhan induk bercawangan.
Terdapat 3 peringkat pertubuhan yang boleh didaftarkan:
- Kebangsaan (AJK Penaja/ahli hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada 7 negeri berbeza).
- Negeri (AJK Penaja/ahli terdiri dari negeri yang sama tetapi mengandungi sekurang-kurang separuh dari jumlah daerah di negeri tersebut).
- Lain-lain (termasuklah peringkat daerah, mukim dan lain-lain).
Mana-mana pergerakan yang mempunyai ciri-ciri pertubuhan perlu berdaftar agar aktiviti yang dijalankan adalah sah disisi undang-undang dan tidak dikategorikan sebagai pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang.terdapat sekurang-kurangnya tujuh (7) orang atau lebih yang ingin menjalankan aktiviti belia.
Pertubuhan boleh didaftarkan di https://eroyv2.gov.my/ pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.
Jawatankuasa Penaja yang dianggotai oleh sekurang-kurangnya tujuh (7) orang adalah bertanggungjawab mendaftarkan pertubuhan. Manakala pendaftaran melalui Sistem eROYv2 hendaklah dilakukakan oleh setiausaha (penaja) pertubuhan.
Kegagalan mengemukakan MYKD boleh mengakibatkan pertubuhan belia tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.
Boleh, dengan menggunakan sub modul MYKD pada sistem eroyV2 bagi pengguna yang berdaftar.
Sebarang pertikaian dalaman perlu dirujuk dan diselesaikan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pertikaian Dalaman sepertimana yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan pertubuhan sebelum dirujuk kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Objektif Penarafan Bintang “Star Rating” adalah untuk;
- menilai dan mengukur prestasi pertubuhan belia supaya berada pada tahap yang cemerlang mengikut peringkat;
- memberi pengiktirafan secara formal kepada pertubuhan belia yang cemerlang mengikut peringkat;
- memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan baik yang perlu dilaksanakan dalam pembangunan pertubuhan belia; dan
- menggalakkan persaingan sihat dikalangan pertubuhan belia.
Kaedah penarafan keaktifan pertubuhan belia berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) melalui Sistem Star Rating tersebut adalah berasaskan kepada 5 komponen utama (core element) MYKD yang dilaporkan setiap tahun kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) iaitu;
- Mesyuarat agung tahunan
- Keahlian
- Kewangan
- Aktiviti
- Ahli Jawatankuasa
Tidak, Sebarang rayuan hendaklahlah dikemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 30, Akta 668.
Pemegang jawatan terlibat tidak boleh memegang jawatan di dalam mana-mana pertubuhan belia berdaftar yang lain tanpa kebenaran bertulis Pendaftar seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 88, Akta 668.
