Kuching, 14 Oktober 2021
– Program Webinar Tadbir Urus Organisasi Kelab Rakan Muda (KRM) Yang Cekap Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah berjaya dilaksanakan. Seramai 50 orang perserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Rakan Muda dan juga Pegawai Belia dan Sukan Bahagian terlibat dalam program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkasakan semula Kelab Rakan Muda di setiap bahagian di Sarawak dan memberi fokus kepada pengurusan organisasi KRM yang cekap dan betul selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Puan Normala bt Razali daripada Pejabat Pertubuhan Belia Zon Sarawak telah dijemput untuk menyampaikan taklimat Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan 2019), Penyediaan Minit Mesyuarat, Penyediaan Laporan Kewangan dan Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).

Maklumbalas daripada peserta amat menggalakkan dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi.

Disediakan oleh,

ROY Zon Sarawak