Putrajaya, 9 November 2021 - Sambutan Hari Integriti dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Peringkat Kementerian Belia Dan Sukan 2021 yang berlangsung di Podium B, Menara KBS PADA 9 NOV 2021 telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan. Majlis turut dihadiri oleh, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Datuk Seri Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Ketua Jabatan setiap Agensi di bawah KBS termasuklah En. Badari Awang Damit, Pendaftar Pertubuhan Belia.
Program diisikan dengan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Team KBS yang diketuai oleh YB Menteri Belia Dan Sukan dan penyerahan buku Pelan Antirasuah Organisasi kepada semua ketua jabatan setiap agensi terlibat.