Putrajaya, 18 Mac 2022 - Sesi perjumpaan Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) bersama Pendaftar Pertubuhan Belia telah diadakan bagi membincangkan pelbagai isu dalaman pentadbiran Majlis serta bagi mendapatkan status pendaftaran cawangan baharu.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden MKBBT, Sdr. Gobi A/L Kumaran yang telah terpilih menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja bagi sesi 2022-2024 sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung kali ke-71 baru-baru ini.