Putrajaya, 19 Mac 2022 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022 telah dilaksanakan secara dalam talian (online) bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Fokus penglibatan penyertaan  merupakan pertubuhan belia tunggal, bercawangan, gabungan dan Majlis Belia Negeri/Daerah. Pejabat Belia dan Sukan Daerah juga turut terlibat menyertai bengkel ini bagi mengukuhkan lagi pengetahuan berkaitan Akta 668 dan sebagainya.

Pengisian BTU pada tahun ini secara spesifik menfokuskan kepada Pindaan Akta 668 khusus mengenai umur dan juga perkara- perkara teknikal berkaitan tadbir urus pertubuhan secara berkesan. Intipati BTU juga telah ditambahbaik dengan memasukkan topik Integriti dalam Pertubuhan Belia. Pencerahan ini amat penting supaya pertubuhan jelas dengan isu semasa melibatkan integriti.

Penceramah pada sesi ini iaitu Encik Muhammad Husmar Afdzal Husin dari Cawangan Pendaftaran, ROY HQ (Pindaan Akta 668 dan Pindaan Perlembagaan), Puan Nuraida Idris dari ROY Zon Tengah (Maklumat Yang Kena Diberi) dan Puan Noremelia Rosla dari Unit Integriti (Pembudayaan Integriti) telah meliputi topik utama bengkel ini.

Terima kasih kepada ROY HQ atas bantuan dan kerjasama serta sokongan yang berterusan kepada zon-zon dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan program dapat dicapai.