Alor Setar, 28 Mei 2022 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Peringkat Negeri  Kedah Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Raflesia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar. Penyertaan peserta adalah seramai 38 orang yang melibatkan pemegang jawatan utama daripada 29 buah kelab belia tunggal serta wakil-wakil daripada Pejabat belia dan Sukan Daerah Negeri Kedah.
Program selama satu hari meliputi taklimat berkaitan Pindaan Akta 668, pindaan perlembagaan dan tatacara penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Program BTU ini turut diselitkan dengan Taklimat Pembudayaan Integriti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah.
Program diakhiri dengan penyerahan Sijil Penghargaan kepada penceramah Tuan Izham Ibrahim daripada SPRM Kedah dan penyerahan sijil penyertaan kepada semua peserta BTU serta jamuan Hari Raya Aidilfitri sempena penghujung syawal.

Semoga program BTU ini dapat memantapkan lagi tadbir urus pertubuhan belia yang telah hadir.

Disediakan oleh,
ROY Zon Utara