Paroi, 4 Jun 2022 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bangunan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Penyertaan peserta adalah seramai 31 orang yang melibatkan pemegang jawatan utama daripada 19 buah pertubuhan belia tunggal dan bercawangan.
Program selama satu hari ini meliputi taklimat berkaitan Pindaan Akta 668, pindaan perlembagaan dan tatacara penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).
Program BTU ini turut diselitkan dengan Penyerahan Sijil Perakuan Pendaftaran kepada Kelab Belia Perpaduan Seremban.

Majlis Penutup Program telah dirasmikan oleh En. Shamsul bin Musa, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Majlis turut dihadiri Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan yang mewakili Pengarah JBS Negeri Sembilan. Majlis diakhiri dengan penyerahan Sijil Penyertaan kepada semua peserta dan Sijil Penghargaan kepada pihak JBS Negeri Sembilan.

Semoga program BTU ini dapat diteruskan lagi bagi memantapkan tadbir urus pertubuhan belia yang telah hadir.

Disediakan oleh,
ROY Zon Selatan