Kangar, 11 Jun 2022 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Bilik Seminar, Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Kangar. Penyertaan peserta melibatkan pemegang jawatan utama daripada kelab-kelab belia tunggal serta wakil-wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
 
Program selama satu hari ini meliputi taklimat berkaitan Pindaan Akta 668, pindaan perlembagaan dan tatacara penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Hafizuddin dan Encik Mohd Azlan Bahrin. Program BTU ini turut diselitkan dengan Taklimat Pembudayaan Integriti daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis yang disampaikan oleh Tuan Zurazman Noh.
 
Program diakhiri dengan ucapan daripada Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Nizam Bin Mat Daud yang menutup rasmi program dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada penceramah daripada pihak SPRM Negeri Perlis dan Pegawai Pendaftar daripada ROY HQ serta penyampaian sijil kepada para peserta.
 
Semoga program BTU ini dapat meneruskan komitmen dan tanggungjawab para peserta dalam menerajui belia-belia di negeri Perlis Indra Kayangan dari segi pengurusan pertubuhan belia.
 
Disediakan oleh,
ROY Zon Utara