Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung Laman Portal
Rasmi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
ROY telah diwujudkan pada tahun 2007 yang bertanggungjawab untuk mendaftar dan
mengawal selia semua pertubuhan belia yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan
Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668]. Peningkatan pertubuhan belia dari
tahun ke tahun telah mencapai 11,939 buah pertubuhan belia berdaftar sehingga 31
Mac 2021. Bilangan pertubuhan belia yang semakin meningkat hari demi hari telah
memberi impak yang amat besar terhadap perkembangan modal insan di Negara ini. Ini
menunjukkan satu tanda yang positif dalam membangunkan pertubuhan belia dan
menggembeling tenaga belia ke arah yang lebih cemerlang.
Tujuan Laman Portal ini dibangunkan adalah sebagai mekanisme penyampaian
maklumat terkini bagi perkhidmatan yang disediakan oleh ROY kepada seluruh
masyarakat. Salah satu strategi untuk memperkenal dan mempromosikan ROY adalah
melalui laman portal yang memaparkan pelbagai maklumat yang boleh dijadikan
rujukan dan panduan berhubung dengan organisasi, aktiviti serta perkhidmatan teras
ROY seperti prosedur penubuhan pertubuhan, pindaan perlembagaan, borang-borang
berkaitan dan statistik pertubuhan. Capaian-capaian mesra pelanggan turut disediakan
supaya pengunjung berupaya menggunakan portal ROY dengan mudah. Laman portal
ini sentiasa diselenggara dan dikemaskini bagi menjamin maklumat yang diberikan
adalah relevan dan terkini.
Harapan saya agar semua pengunjung laman poRtal ROY dan warga ROY dapat
memanfaatkan sepenuhnya informasi serta perkhidmatan yang terdapat dalam laman
portal ROY ini. Saya turut mengalu-alukan dan menghargai maklum balas, cadangan
dan idea yang membina supaya laman portal ini terus menjadi medium yang berkesan
dan bermanfaat kepada semua pihak.
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang memberi sumbangan ke arah pembangunan laman potal ROY ini.
Adalah diharapkan laman portal ini berjaya menjadi landasan penyaluran maklumat
berkualiti, selari dengan pelan pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam untuk
merakyatkan perkhidmatan yang mesra pelanggan serta bersifat inovatif.
Sekian, selamat melayari laman portal rasmi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Salam Hormat dan Terima Kasih.
Hasnata bin Hasan
Pendaftar
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
Kementerian Belia dan Sukan