Latarbelakang

Penubuhan Pejabat Pendaftar
Pertubuhan Belia berkait rapat dengan
kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007 dan
fungsinya untuk mentadbir Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan
Belia 2007..

Draf Akta Pertubuhan Belia dan
Pembangunan Belia 2007 telah dibaca
buat kali pertama di Parlimen pada 12
Disember 2006 dan kali kedua pada 8
Mei 2007. Seterusnya diluluskan di
Dewan Negara pada 23 Mei 2007.

Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai
2007 dan mula berkuatkuasa pada 31
Disember 2007.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
telah memulakan operasi sebagai
sekretariat akta pada 1 Januari 2007
dengan pewujudan "Core Team" yang
diketuai oleh seorang Pemangku
Pendaftar.

Visi
Menjadikan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia sebuah organisasi yang cekap, berkesan, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memastikan pertubuhan belia di Malaysia bergerak secara efektif, beretika dan berdaya saing.
Misi
Memastikan pengurusan dan kawal seliaan ke atas pertubuhan belia dilaksanakan secara adil, telus, efektif dan mesra belia
Objektif
Objektif Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ialah untuk memastikan pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan PembangunanBelia 2007 bergerak secara lebih efisyen dan efektif sejajar dengan matlamat pembangunan belia serta peruntukan dalam Akta.