Kadar Fi
1) Fi yang berikut hendaklah dibayar berkenaan dengan perkara yang disebut dalam Akta dan Peraturan-peraturan ini
Perkara | Kadar Fi |
---|---|
a) mengenai apa-apa permohonan dibawah subseksyen 7(1) Akta bagi pendaftaran sesuatu Pertubuhan Belia | RM 30.00 |
b) bagi mengeluarkan perakuan pengesahan di bawah perenggan 11(c) Akta tau bagi mendaftarkan Seseorang angota | RM 10.00 |
c) mengenai apa-apa permohonan di bawah subseksyen 17(1) Akta bagi kelulusan apa-apa penukaran nama atau tempat | RM 10.00 |
d) mengenai apa-apa permohonan di bawah subsekyen 18(1) Akta bagi kelulusan untuk menubuhkan sesuatu cawangan | RM 10.00 |
e) mengenai apa-apa permohonan bagi suatu salinan terperaku mana-mana dokumen yang diberikan kepada sesuatu | RM 10.00 bagi tiap - tiap |
f) bagi membuat salinan terperaku mana-mana dokumen yang difailkan di bawah Akta | RM 2.00 bagi tiap - tiap |
g) bagi memeriksa dokumen sesuatu pertubuhan belia yang ada dalam milikan Pendaftar atar Penolong Pendaftar | RM 10.00 |
h) bagi memproses sesuatu rayuan kepada Menteri di bawah seksyen 30 Akta | RM 50.00 |
i) mengenai apa-apa permohonan bagi mendapatkan maklumat mengenai nama dan/ atau alamat sesuatu pertubuhan belia | RM 2.00 |
2) Selaras dengan pindaan subperaturan 15(2) kaedah bayaran dengan setem dipinda kepada kaedah bayaran secara tunai, cek jurubank, wang pos atau kiriman wang kepada pendaftar. Bagi pembayaran dan penerimaan secara tunai hanya boleh dilaksanakan di kaunter Ibu Pejabat ROY Putrajaya sahaja.
Pengecualian dari membayar fi
Walau apa pun peraturan 15, tiada fi kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara yang disebut dalam peraturan itu jika perkara itu berkaitan dengan maklumat mengenai sesuatu pertubuhan belia dan maklumat itu dikehendaki bagi sesuatu maksud rasmi oleh mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan tau Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Agensi lain Kerajaan Persekutuan atau Negeri, atau pikhaak berkuasa tempatan sebagaimana diluluskan oleh Pendaftar.
Fi Carian
Perkara | Kadar Fi | |
---|---|---|
(a) Salinan Dokumen Fi Fail | RM 2.00 | |
(b) Maklumat Nama/ Alamat Pertubuhan Belia | RM 2.00 | |
(c) Pindaan (Nama/ Penukaran Alamat/ Pindaan Undang-Undang | RM 10.00 | |
(d) Kebenaran Cawangan Baharu | RM 10.00 | |
(e) Salinan Sijil / Dokumen Pendaftaran | RM 10.00 | |
(f) Pendaftaran Pegawai Awam | RM 10.00 | |
(g) Pemeriksaan Dokumen | RM 10.00 | |
(h) Pendaftaran Pertubuhan Belia | RM 30.00 | |
(i) Rayuan Kepada Menteri | RM 50.00 |
