MAJLIS MENANDATANGANI AKUAN SOKONGAN KOD SUKAN SELAMAT BERSAMA PERTUBUHAN BELIA
Putrajaya │ 5 April 2023 Selaras dengan Pelancaran Kod Sukan Selamat pada 15 Mac 2023, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia pada hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat Bersama Pertubuhan Belia bertempat di Podium, Menara KBS.
Usaha ini adalah bagi menyokong Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memastikan persekitaran sukan di Malaysia bebas daripada segala bentuk penderaan dan gangguan.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir bersama majlis ini YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS. Sebanyak 40 pertubuhan belia yang diketuai oleh Majlis Belia Malaysia hadir menandatangani perakuan sokongan kepada kod sukan pada hari ini.
Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan ini merupakan garis panduan yang dari KBS bagi memberi panduan mengenai persekitaran yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan keganasan dalam sukan.
#TeamROY
#BeliaInspirasiNegara