BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023
BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023
Melaka, 14 Jun 2023 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya secara dalam talian dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan.
Seramai 148 orang peserta telah berjaya menyertai BTU ini yang melibatkan pemegang jawatan daripada 37 buah pertubuhan belia tunggal, 35 pertubuhan belia bercawangan dan juga pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Bengkel bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari ini meliputi taklimat berkaitan Pindaan Perlembagaan, Penyediaan Pelaporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang (Star Rating) dan Pembudayaan Integriti yang telah disampaikan oleh Pegawai Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan Pegawai Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Putrajaya.