BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2023
BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2023
Putrajaya | 3 Jun 2023
Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Perlis bagi Tahun 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya secara dalam talian oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara dengan kerjasama ibu pejabat, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Penyertaan adalah seramai 38 orang yang diwakili oleh 12 buah kelab tunggal yang berdaftar dan 6 buah pertubuhan belia bercawangan.
Sesi taklimat yang dikongsikan adalah berkaitan panduan pengurusan pertubuhan belia iaitu Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penilaian Penarafan Bintang Pertubuhan Belia dan Integriti dalam Pentadbiran Pertubuhan Belia.
Sesi soal jawab serta komunikasi dua hala secara atas talian ini dilihat sangat membantu dalam mempertingkatkan lagi proses mentadbir urus sesebuah pertubuhan belia dengan lebih sistematik.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti sesi perkongsian ini sehingga selesai.