BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2023
BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2023
Putrajaya, 20 Jun 2023 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya secara dalam talian. Penyertaan peserta adalah seramai 95 orang yang melibatkan pemegang jawatan utama daripada pertubuhan belia di sekitar Kuala Lumpur.
Bengkel ini meliputi taklimat berkaitan tatacara penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), penilaian Penarafan Bintang Pertubuhan Belia dan panduan pindaan perlembagaan. Program BTU ini turut diselitkan dengan Taklimat Pembudayaan Integriti dalam pertubuhan belia.
Semoga program BTU ini dapat memantapkan lagi tadbir urus pertubuhan belia yang telah hadir.