BENGKEL PENYELIAAN BERKESAN KE ATAS PERTUBUHAN BELIA
BENGKEL PENYELIAAN BERKESAN KE ATAS PERTUBUHAN BELIA
Cameron Highlands | 5-7 Julai 2023
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah selesai menjalankan Bengkel Penyeliaan Berkesan Ke Atas Pertubuhan pada 5-7 Julai 2023 bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highlands.
Pelbagai topik penting dikongsikan kepada para peserta bagi meningkatkan kemahiran Pegawai Belia dan Sukan di dalam tugas kawal selia pertubuhan belia yang secara tidak langsung dapat mengoptimakan potensi pertubuhan belia di peringkat akar umbi di dalam menyumbang kepada agenda pembangunan negara.
Syabas diucapkan kepada 30 orang Pegawai Pembangunan Sosial dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah daripada 14 Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini.
Majlis Penutup Bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Mohd Izwandy bin Ismail. Turut hadir bersama adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Mu'azamir bin Haji Jili.