MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA BIL. 2/2023
MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA BIL. 2/2023
Port Dickson | 30 Julai 2023
Bertempat di Dewan The Academy DRB-HICOM Learning Centre telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Bil.2/2023 yang telah dipengerusikan oleh En. Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia.
Mesyuarat yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan ROY ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran, kewangan serta pembentangan pelaporan cawangan.
Pada sebelah petangnya pula diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Bil. 2/2023 dan juga Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 1/2023.