BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI MELAKA
BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI MELAKA
Melaka, 12 Julai 2023 (Rabu) - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Putrajaya telah bekerjasama menjayakan Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 secara dalam talian dengan sambutan penyertaan daripada pemegang jawatan pertubuhan belia di seluruh Negeri Melaka.
Bengkel ini telah berjaya menarik minat penyertaan seramai 67 orang peserta daripada 34 Pertubuhan Belia Tunggal, Bercawangan dan Agensi. Pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka juga tidak ketinggalan bersama-sama mengambil peluang menambah pengetahuan berkenaan tadbir urus pertubuhan belia.
Bengkel yang diadakan secara dalam talian ini memberi penekanan meliputi Taklimat Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang (Star Rating), Pembudayaan Integriti dan Pindaan Perlembagaan.