BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023
BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023
Ayer Keroh, 27 Jun 2023 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Putrajaya telah bekerjasama menjayakan Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 secara dalam talian dengan sambutan penyertaan daripada pemegang jawatan pertubuhan belia di seluruh Negeri Sembilan.
Bengkel ini telah berjaya menarik minat penyertaan seramai 105 orang peserta daripada 43 Pertubuhan Belia Tunggal dan Bercawangan. Pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan juga tidak ketinggalan bersama-sama mengambil peluang menambah pengetahuan berkenaan tadbir urus pertubuhan belia.
Bengkel yang diadakan secara dalam talian ini memberi penekanan meliputi Taklimat Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang (Star Rating) serta Pembudayaan Integriti dan Pindaan Perlembagaan.
Diharapkan program BTU ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan kefahaman kepada semua peserta dan seterusnya mempertingkat amalan tadbir urus pertubuhan belia yang lebih berkesan.