BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023
BENGKEL TADBIR URUS (BTU) PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023
Kuching, 8 Julai 2023 - Bengkel Tadbir Urus (BTU) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian. Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pemegang jawatan utama pertubuhan dan pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian di Sarawak terlibat dalam bengkel ini.
Bengkel ini meliputi taklimat berkaitan Penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, Pembudayaan Integriti Dalam Pertubuhan Belia dan Pindaan Perlembagaan.
Diharap bengkel ini memberi pengetahuan dan kefahaman kepada semua peserta dan dapat memantapkan lagi tadbir urus dalam pertubuhan belia.