WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI PULAU PINANG
WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI PULAU PINANG
Kepala Batas | 30 Julai 2023
Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Pulau Pinang telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 321 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia di Pulau Pinang.
Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta penuh dengan informasi diadakan pada program ini antaranya ceramah Kepimpinan Anak Muda yang disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Integriti dalam Berpersatuan oleh Yang Berusaha Tuan Delvinder Singh a/l Jasvir Singh, Penolong Kanan Penguatkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Malaysia Negeri Pulau Pinang serta Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan 2019) oleh Puan Koh Mei Ching, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan turut hadir di program ini adalah Encik Mohd Hafiz Ali bin Mohd Anuar, Pengerusi Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
Selain itu pelbagai pameran turut diadakan melibatkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Bertam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kepala Batas, Institut Pertanian Bumbung Lima, IKTBN Bukit Mertajam dan Politeknik Seberang Perai.
Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi yang telah menerima Sijil Penarafan 5 Bintang Pertubuhan Belia tahun 2022.