WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI TERENGGANU
WACANA PEMIMPIN MUDA NEGERI TERENGGANU
Kuala Terengganu | 6 Oktober 2023
Program Wacana Pemimpin Muda Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Auditorium 1, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Program ini berjaya mengumpulkan sebanyak 411 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia di Terengganu.
Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta penuh dengan informasi diadakan pada program ini antaranya sesi perkongsian:
✅“Jom Masuk Persatuan” yang disampaikan oleh Encik Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu
✅“Integriti dalam Pertubuhan Belia” yang disampaikan oleh Puan Norhidayah binti Md Nor, Penolong Penguasa SPRM Negeri
✅“Kepimpinan Anak Muda” yang disampaikan oleh Encik Shahril bin Marzuki, Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Terengganu
✅“Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan 2019)” yang disampaikan oleh Puan Koh Mei Ching, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Abdul Hazif bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Negeri Terengganu dan turut hadir di program ini adalah Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan Puan Afifa Sofina binti Azmi, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Sebanyak 42 pertubuhan belia telah menerima Sijil Penarafan Bintang 3,4 dan 5 Bintang bagi tahun 2021 dan 2022.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan khas kepada:
- Majlis Belia Daerah Setiu
- Persatuan Belia FELCRA Panchor Merah
- Kelab Rakan Muda Kuala Nerus
- Majlis Belis Daerah Dungun
- Majlis Belia Daerah Merang
- Angkatan Belia MFLS Cawangan Negeri Terengganu
yang telah menerima Sijil Penarafan 5 Bintang Pertubuhan Belia bagi tahun 2021 dan
- Kelab Belia Gemilang Kampung Pujuk
- Kelab Belia Bersatu Kampung Padang Mengkuang (KBBKPM)
- Kelab Belia Solidariti Pangsapuri Ladang Gemilang
- Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Kawasan Kuala Nerus
- Majlis Belia Daerah Dungun
- Majlis Belia Negeri Terengganu
yang telah menerima Sijil Penarafan 5 Bintang Pertubuhan Belia bagi tahun 2022.
Diharapkan pendekatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ini mendekati belia-belia terdiri daripada
belia IPTA serta belia sekolah ini dapat menarik minat mereka menjadi ahli persatuan belia dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.