KEMBARA JOM NEGERI SELANGOR 2024
Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Selangor telah diadakan dengan jayanya pada 10 Mac 2024 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA Seksyen 13 Shah Alam. Kembara JOM ini bertujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat ROY, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam/swasta atau belia secara umunya untuk mendapatkan aspirasi serta pandangan berkaitan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) Pindaan 2019 termasuklah Pelan Transisi Kepimpinan Belia.
Pengisian yang begitu menarik padat dan padu. Antaranya ialah....
Slot 1 - Jom Masuk Persatuan oleh Presiden Majlis Belia Selangor iaitu Dato Imran Tamrin
Slot 2 - Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan Representasi Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia oleh Encik Muhammad Husmar Afdzal bin Husin, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat ROY
Slot 3 - Sesi Townhall bersama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YB Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor
Turut hadir YBrs Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia serta pimpinan tinggi KBS.
ROY merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan segala perkhidmatan tang diingini.