KEMBARA JOM NEGERI SEMBILAN 2024
Paroi, 25 Februari 2024 - Program Kembara Jumpa Orang Muda telah beralih ke Negeri Sembilan dan telah diadakan dengan jayanya bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan Paroi.
Kembara JOM merupakan sebuah program yang dilaksanakan bertujuan menyediakan platform kepada pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pejabat ROY, pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta atau belia secara umum untuk mendapatkan pandangan berkaitan Pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) & Pindaan 2019 (Akta A1602) termasuklah pelan transisi kepimpinan belia.
Pengisian Kembara JOM adalah seperti berikut:
Slot 1: Jom Masuk Persatuan oleh Encik Abdul Akif bin Rahim, AJK Majlis Belia Negeri Sembilan.
Slot 2: Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan representasi pindaan perlembagaan pertubuhan belia oleh Encik Syed Mashor bin Wan Mahbar, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
Slot 3: Sesi Townhall Bersama:
YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; dan
YB Tuan Haji Mustapha bin Haji Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
Turut hadir, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan; YBhg. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha, KBS; YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah JBSN; YBrs. Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia dan Encik Mohd Fairos bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan serta pimpinan tertinggi KBS.
ROY ingin mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir khususnya kepada semua wakil pertubuhan belia bagi memberikan sokongan pada program ini serta yang hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan khidmat nasihat.