KUNJUNGAN HORMAT JCI MALAYSIA TAHUN 2024
Putrajaya 15 Mac 2024 - Pendaftar Pertubuhan Belia telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan tertinggi Junior Chamber International (JCI) Malaysia yang diketuai oleh En. Bruce Ban selaku Presiden Kebangsaan.
Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baharu kepada Pendaftar serta bertukar-tukar pandangan berkenaan dengan isu belia. JCI turut memperbincangkan berkaitan hala tuju JCI bagi melancarkan pelan transisi kepimpinan belia. Pendaftar juga menyahut baik usaha-usaha yang dilaksanakan oleh JCI dalam pembangunan dan pemerkasaan golongan muda.
ROY juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada JCI Malaysia di atas kesudian datang ke pejabat ini.