Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia (KPB) Negeri Johor
Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia (KPB) mendapat sambutan Belia Johor.
Sejajar dengan matlamat memperkasakan pengurusan dan tadbir urus pertubuhan belia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Johor pada 26-27 April 2024.
Berlangsung di Pejabat Perbadanan Produktiviti Wilayah Selatan, kursus ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam dan seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada 26 persatuan belia tunggal, Majlis Belia Daerah dan Majlis Belia Negeri. Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia, En Shamsul Bin Musa hadir bersama bagi memeriahkan kursus.
Antara pengisian kursus ini adalah seperti berikut :
Bimbingan aspek pengurusan dan tadbir urus yang baik dalam pertubuhan belia
Kaedah dan simulasi pengendalian Mesyuarat Agung dan penyediaan Minit Mesyuarat
Penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) secara latihan dalam kumpulan
Penarafan Bintang (Star Rating)
Pindaan Perlembagaan
Taklimat mengenai Dasar Belia Malaysia dan Pengurusan Acara
Pendaftar Pertubuhan Belia , Tuan Hasnata bin Hasan telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus ini . Turut hadir adalah Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En Mohammad Khairul Bin Mohd Dam.