Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Johor 2024
Sekitar Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) Negeri Johor Sabtu (27 Apr 2024) yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai.
Pengisian yang begitu menarik padat dan padu seperti Jom Masuk Persatuan, Borak Santai Belia, Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan Representasi Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia oleh Encik Muhammad Husmar Afdzal bin Husin, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat ROY dan semestinya Sesi Townhall bersama YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Program diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor YB Aznan Tamin. Turut hadir YBrs. En Shamsuhaime Basir Pengarah JBS Johor, YBrs. Tuan Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia serta pimpinan tinggi KBS.
ROY merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang hadir ke reruai ROY bagi mendapatkan segala perkhidmatan yang diingini.