Libat Tadbir Urus Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Sarawak
Libat Tadbir Urus Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Sarawak
Kuching, 4 Mei 2024 - Program Libat urus Tadbir Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Zon Sarawak telah berjaya dilaksanakan. Seramai 88 orang peserta yang terdiri daripada pemegang jawatan dan ahli-ahli pertubuhan belia serta Pegawai Belia dan Sukan Bahagian terlibat dalam program ini.
Program ini bertujuan memberi bimbingan berkaitan aspek tadbir urus dalam Pertubuhan Belia seperti penyedian Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, Integriti Dalam Petubuhan Belia serta Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Pn. Normala bt Razali, Pegawai Pendaftar Kanan telah menyampaikan taklimat dalam program ini. Maklumbalas daripada peserta amat menggalakkan dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.