Libat Tadbir Urus Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Negeri Sembilan
Libat Tadbir Urus Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Negeri Sembilan
Negeri Sembilan, 7 Mei 2024 - Program Libat Urus Tadbir Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan. Seramai 139 orang peserta yang terdiri daripada pemegang jawatan dan ahli-ahli pertubuhan belia serta Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan turut terlibat dalam program ini.
Program ini bertujuan memberi bimbingan berkaitan aspek tadbir urus dalam Pertubuhan Belia seperti penyedian Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, Integriti Dalam Pertubuhan Belia, Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia serta Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Encik Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan dan juga Encik Noor Muhammad Asri bin Kamarozzaman, Pegawai Pendaftaran telah menyampaikan taklimat dalam program ini. Maklumbalas daripada peserta amat menggalakkan dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.