Libat Urus Tadbir Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Negeri Kedah

Kedah, 9 Mei 2024 - Program Libat Urus Tadbir Pertubuhan Belia (L'TUPB 2024) Peringkat Negeri Kedah telah berjaya dilaksanakan. Seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada pemegang jawatan dan ahli-ahli pertubuhan belia serta Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut terlibat dalam program ini.
Program ini bertujuan memberi bimbingan berkaitan aspek tadbir urus dalam pertubuhan belia seperti penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD), Penarafan Bintang Pertubuhan Belia, Integriti Dalam Pertubuhan Belia, Pindaan Perlembagaan Pertubuhan Belia serta Penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.

Puan Noor'azah binti Ali @ Ahmad, Penolong Pendaftar Kanan dan juga Encik Mohamad Khidir bin Mohd Fauzi, Pegawai Pendaftar telah menyampaikan taklimat dalam program ini. Taklimat berkaitan Penarafan Bintang dan Pindaan Akta 668 telah disampaikan oleh Puan Nurhamizah binti Kamarun Majif, Penolong Pendaftar dari Cawangan Pemantauan dan Penyelarasan, Ibu Pejabat ROY. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Syed Mashor bin Wan Mahbar, Penolong Pendaftar Kanan mewakili Tuan Pendaftar.
Maklumbalas daripada peserta amat menggalakkan dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.