Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia (KPB) Zon Tengah
KURSUS PENGURUSAN BERKESAN (KPB) PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT ZON TENGAH
Putrajaya | 11 Mei 2024
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah melaksanakan Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Zon Tengah (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya) di Urbanhive, Conezion Putrajaya.
Kursus ini dihadiri seramai 85 orang peserta yang mewakili Majlis Belia Daerah dan badan gabungan serta kelab belia tunggal yang berada di kawasan Zon Tengah. Selain daripada memastikan tadbir urus pertubuhan diurus dengan baik, kursus ini juga dapat memberikan kefahaman kepada para peserta tentang pindaan perlembagaan dan penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019) serta pelan transisi umur belia.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia. Turut hadir bersama ialah Tuan Hasnata Hassan, Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Shamsul bin Musa, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia dan Presiden Majlis Belia WP Putrajaya.